Berita Jenayah
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
SEREMBAN 19 Nov - Bekas pengasuh sebuah taska dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera seorang bayi berusia tujuh bulan, empat tahun lalu.
Hakim Datin Surita Budin turut memerintahkan hukuman penjara tambahan 10 bulan sekiranya tertuduh, Saidatul Syafinaz Saadan, 27, gagal menjelaskan denda berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah turut mengarahkan ibu kepada seorang anak itu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan dan dikenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM2,000 dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sekiranya tertuduh gagal membayar bon itu, boleh dihukum penjara dua bulan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan mendera sehingga mendatangkan kecederaan fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh bulan ketika kejadian.
Kesalahan dilakukan pada 24 Ogos 2020 jam antara 7 pagi hingga 6.30 petang di sebuah taska di Garden Avenue Seremban 2, di sini.
Justeru, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Peguam, Mohamad Kamaruzzaman yang mewakili tertuduh berkata, ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan berlaku tanpa disengajakan.
Malah jelasnya, tempoh reman lima hari yang dikenakan terhadap tertuduh sebelum ini merupakan pengajaran berguna kepada anak guamnya dan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Tambahnya, tertuduh mempunyai seorang anak berusia 15 bulan dan disahkan mempunyai sakit jantung manakala bapa kepada tertuduh juga mengalami depresi.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dalam hujahan berkata, tertuduh adalah pengasuh dan seharusnya menjaga mangsa, bukannya mendatangkan kecederaan kepadanya.
"Ia mengakibatkan mangsa alami pendarahan otak dan badan sebelah kiri lemah. Sehubungan itu mohon hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat secara umumnya, "katanya. - Berita Harian
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am
Penyamun ditemui mati dalam rumah mangsa, polis tahan 2 rakan
November 15, 2024, 2:48 pm