Berita Jenayah
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KAJANG, 15 Nov – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Kajang dalam operasi besar-besaran.
Operasi berkenaan membawa kepada penangkapan empat individu tempatan serta rampasan dadah jenis ganja dengan anggaran berat keseluruhan lebih 46 kilogram.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa rampasan turut melibatkan dadah jenis cecair ganja (2,953 gram) dan bunga ganja (7,589 gram), dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM499,974.
Kes Pertama
Dalam operasi pada jam 11.30 pagi, polis berjaya menahan sepasang suami isteri berumur 29 dan 36 tahun di sebuah rumah di Semenyih.
Rampasan melibatkan ganja mampat seberat 2,100 gram.
Suami yang bekerja sebagai penternak udang galah disahkan positif THC menerusi ujian saringan air kencing, manakala isterinya didapati negatif.
Turut disita dalam kes ini ialah sebuah kereta Perodua Myvi bernilai RM25,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Kes Kedua
Susulan tangkapan pertama, pada jam 2.45 petang hari yang sama, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta di Semenyih.
Rampasan melibatkan dadah jenis ganja seberat 5,274 gram.
Suspek, yang masih bujang dan tidak bekerja, juga disahkan positif THC menerusi ujian saringan air kencing.
Turut disita ialah wang tunai bernilai RM102.
Kes Ketiga
Pada jam 3.30 petang, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Semenyih.
Rampasan melibatkan ganja mampat seberat 28,080 gram, bunga ganja (7,589 gram), balutan rokok bercampur ganja (120 gram), serta rokok elektronik yang mengandungi cecair ganja (2,953 gram).
Suspek, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, turut mempunyai tiga rekod kesalahan lampau dan disahkan positif THC. Wang tunai bernilai RM103 disita dalam kes ini.
Analisa dan Nilai Rampasan
Menurut pihak polis, dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang. Analisa menunjukkan:
• 36,402 gram ganja boleh digunakan oleh 69,688 orang pengguna dalam sehari.
• 2,953 gram cecair ganja mencukupi untuk 9,843 pengguna dalam sehari.
• 7,589 gram bunga ganja boleh dibekalkan kepada 15,178 pengguna dalam sehari.
Kesemua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.
Polis menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah, khususnya dadah, bagi memastikan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dilaksanakan secara tuntas.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am
Penyamun ditemui mati dalam rumah mangsa, polis tahan 2 rakan
November 15, 2024, 2:48 pm