TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjara 3 tahun, denda RM1 juta menanti peniaga perdaya pengguna berkaitan halal

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Nov - Tindakan tegas menanti peniaga yang menggunakan berbahasaan halal untuk memperdayakan pengguna. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagi premis yang dimiliki oleh peniaga bukan Islam, penggunaan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam, termasuk perbuatan menggantung ayat suci Al-Quran adalah satu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Katanya, ia sekiranya digunakan bagi tujuan memperdaya atau mengelirukan pengguna Islam dan jika disabitkan kesalahan, peniaga itu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

"Peniaga juga disyaratkan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum dibenarkan menggunakan perbahasaan yang menunjukkan bahawa barangan itu adalah halal sebagaimana diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

"Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan di bawah Perintah ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam jawapan pertanyaan lisan yang disiarkan dalam laman rasmi Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN- Maran) yang ingin mengetahui tindakan undang-undang yang diambil kepada peniaga bukan Islam yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan nama, cop dan logo yang lazimnya digunakan oleh orang Islam seperti masjid, berkat dan sebagainya yang mana.

+ - reset