Berita Berita
'Tiba-tiba rasa macam berada di China' - Tun M kesal tiada papan tanda BM di pasar raya baharu di KL
KUALA LUMPUR 18 Nov – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal berikutan tiada papan tanda berbahasa Melayu di kompleks beli-belah baharu di ibu kota.
Beliau mengaku terkejut apabila memasuki salah sebuah pusat beli belah di sini dan merasakan dirinya seolah-olah berada di negara asing.
“Wah. Ia adalah hebat. Tetapi tiba-tiba saya rasa saya berada di China. Kemudian saya sedar mengapa. Semua papan tanda adalah dalam bahasa Cina dengan terjemahan Inggeris.
“Tiada dalam Bahasa Melayu. Tidak sama sekali,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Dr Mahathir dalam masa sama mempersoalkan sama ada kita sudah menjadi sebahagian daripada China.
Malah beliau juga dimaklumkan sesetengah media di China merujuk Malaysia sebagai China Kecil.
“Kenapa? Kerana antara negara Asia Tenggara Malaysia memaparkan aksara Cina di seluruh dunia, besar dan menonjol.
“Mestilah sebab kita ramai pengunjung Cina. Tetapi terjemahan dalam aksara kecil, ya. Tetapi bahasa kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” tegasnya. – Media Telus
Berita berkaitan
November 18, 2024, 7:36 pm
Malaysia catat rekod tertinggi jadi mangsa berulang jenayah scam di Asia
November 18, 2024, 7:26 pm
BERSATU Cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat di Mahkamah
November 18, 2024, 7:20 pm
Kerjasama kukuh kerajaan, negeri bangunkan potensi ekonomi Perlis
November 18, 2024, 6:33 pm
PDRM umum pertukaran 21 pegawai berkuat kuasa 16 Disember depan
November 18, 2024, 4:55 pm
KESUMA, KPT kenal pasti kursus, bidang berpotensi yang jadi tumpuan
November 18, 2024, 4:50 pm
Wanita terjatuh tingkat 24 ditemui maut tersangkut di gondola di Bukit Jalil
November 18, 2024, 4:42 pm
Malaysia sasar jualan eksport RM1 bilion di Mihas@Dubai
November 18, 2024, 4:09 pm
'Satu hotel pun tiada di Rantau Panjang, sebab tu pelancong masuk ke Golok' - Siti Zailah
November 18, 2024, 3:59 pm