TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KESUMA, KPT kenal pasti kursus, bidang berpotensi yang jadi tumpuan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Cabaran dan trend ekonomi yang sentiasa berubah menjadi halangan besar kepada usaha menyelesaikan isu jurang pekerjaan dalam kalangan graduan berpendidikan tinggi.

Ini termasuk kesukaran mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik dan gaji setimpal.  

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata Malaysia menghadapi ketidakseimbangan antara peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan jumlah graduan yang dihasilkan setiap tahun.  

“Laporan Bank Dunia menunjukkan bahawa setiap tahun hanya 50,000 pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan, sedangkan jumlah graduan universiti adalah sekitar 300,000 orang.  

“Bagi meningkatkan gaji dan upah, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah seperti menetapkan gaji minimum dan memperkenalkan gaji progresif. Selain itu, panduan gaji pertama negara akan diterbitkan sebelum akhir tahun ini bagi membantu majikan dan graduan,” katanya.  

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kajian impak kecerdasan buatan (AI), digital, dan ekonomi hijau terhadap tenaga kerja Malaysia.  

Menurut Steven, situasi ekonomi semasa menyukarkan usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk graduan, tetapi kerajaan terus berusaha melalui rangka Ekonomi Madani dan pelbagai inisiatif lain.  

Kerajaan telah memperuntukkan RM40 bilion melalui Belanjawan 2025 dalam bentuk geran dan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

Di samping itu, Kementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti kursus atau bidang yang berpotensi bagi keperluan masa depan. - Media Telus

+ - reset