Berita Berita
Wanita terjatuh tingkat 24 ditemui maut tersangkut di gondola di Bukit Jalil
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 18 Nov – Seorang wanita warga Vietnam ditemui maut tersangkut di gondola selepas terjatuh dari tingkat 24 dalam kejadian di sebuah kondominium, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya terima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.53 pagi tadi.
Katanya, seramai tujuh anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang wanita warga Vietnam berusia 30 tahun dipercayai telah terjun dari tingkat 24 bangunan.
“Mangsa kemudian ditemui tersangkut di gondola tingkat tujuh bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas kenyataan itu, pasukan bomba berjaya membawa turun mayat mangsa lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Media Telus
Berita berkaitan
November 18, 2024, 7:36 pm
Malaysia catat rekod tertinggi jadi mangsa berulang jenayah scam di Asia
November 18, 2024, 7:26 pm
BERSATU Cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat di Mahkamah
November 18, 2024, 7:20 pm
Kerjasama kukuh kerajaan, negeri bangunkan potensi ekonomi Perlis
November 18, 2024, 6:33 pm
PDRM umum pertukaran 21 pegawai berkuat kuasa 16 Disember depan
November 18, 2024, 5:36 pm
'Tiba-tiba rasa macam berada di China' - Tun M kesal tiada papan tanda BM di pasar raya baharu di KL
November 18, 2024, 4:55 pm
KESUMA, KPT kenal pasti kursus, bidang berpotensi yang jadi tumpuan
November 18, 2024, 4:42 pm
Malaysia sasar jualan eksport RM1 bilion di Mihas@Dubai
November 18, 2024, 4:09 pm
'Satu hotel pun tiada di Rantau Panjang, sebab tu pelancong masuk ke Golok' - Siti Zailah
November 18, 2024, 3:59 pm