Berita Berita
Terengganu catat 34,540 pesakit mental tahun lalu, 10 peratus pesakit baharu
KUALA TERENGGANU 18 Nov - Seramai 34,540 pesakit mental mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri tahun lalu.
Daripada jumlah itu, antara lapan hingga 10 peratus membabitkan pesakit mental yang baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata data kehadiran pesakit mental termasuk pesakit ulangan diperolehi daripada Jabatan Kesihatan negeri.
"Jumlah pesakit mental yang berdaftar dan mengunjungi klinik pakar psikiatri di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) sehingga September lalu seramai 15,244.
"Seramai 7,674 pesakit mental mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman (HK), 1,999 di Hospital Dungun (HD), Hospital Besut (1,574), Hospital Hulu Terengganu (1,320) dan Hospital Setiu seramai 309 pesakit," katanya.
Beliau menjawab soalan Dr Riduan Mohamad Nor (PAS-Jertih) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, HSNZ adalah hospital negeri dilengkapi tenaga pakar psikiatri am dan beberapa bidang subkepakaran iaitu neuropsikiatri, psigeriatrik pemulihan dan komuniti untuk merawat pesakit mental.
Katanya, semua klinik kesihatan daerah turut menyediakan perkhidmatan sakit mental, termasuk menawarkan khidmat sokongan awal dan rujukan.
"Perkhidmatan perawatan psikiatri komuniti daripada hospital turut memberi perkhidmatan lawatan ke rumah, terutama membabitkan pesakit mental terpilih yang memenuhi kriteria.
"Perkhidmatan itu bagi memastikan pesakit terus mendapatkan rawatan dan memastikan pembabitan ahli keluarga dalam proses penyembuhan," katanya.
Wan Sukairi berkata, Terengganu mempunyai dua Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) iaitu di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai dan HSNZ.
Katanya, antara peranan utama MENTARI adalah membolehkan anggota masyarakat mendapatkan saringan dan kesihatan mental dengan lebih cepat.
"MENTARI juga berperanan melakukan aktiviti promosi kesihatan mental dan rehabilitasi psikososial," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:21 pm
Vivy, suami bakal didakwa berhubung kerugian Khazanah, PNB Khamis ini
December 3, 2024, 8:14 pm
IPCC rekod 529 aduan setakat 22 November - Saifuddin
December 3, 2024, 4:58 pm
PGIRM desak kerajaan luluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara besasar
December 3, 2024, 4:56 pm
KUSKOP tawar moratarium 6 bulan kepada usahawan terjejas banjir
December 3, 2024, 3:13 pm
Amaran cuaca buruk: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang landa sembilan negeri petang ini
December 3, 2024, 3:01 pm
PM zahir penghargaan yang turun bantu mangsa banjir seluruh negara
December 3, 2024, 2:44 pm
Isu tanah rizab Polis Taman Desa: Bekas Menteri Wilayah persoal pemberimilikan tanah kepada pemaju
December 3, 2024, 2:42 pm
Polis bersedia hadapi gelombang kedua banjir di Kelantan, segala aset sudah diaktifkan
December 3, 2024, 2:32 pm
Polis cekup 3 remaja pecah masuk pejabat sekolah dijadikan PPS, curi RM3,200 dalam peti
December 3, 2024, 2:31 pm