Berita Berita
Ambil perhatian, hujan berterusan diramal landa tiga negeri hingga Sabtu ini
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 18 Nov – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sehingga Sabtu, 23 November ini.
Antara kawasan yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula, kawasan yang dijangka terkesan ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Bagaimanapun, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 23 November ini, di seluruh kawasan di Terengganu, (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) di Kelantan, dan (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) di Pahang.
“Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di seluruh kawasan di Melaka, serta di Negeri Sembilan yang melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
“Bagi negeri Johor pula, amaran sama juga diberikan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga 20 November ini,” katanya.
Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – Media Telus
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:21 pm
Vivy, suami bakal didakwa berhubung kerugian Khazanah, PNB Khamis ini
December 3, 2024, 8:14 pm
IPCC rekod 529 aduan setakat 22 November - Saifuddin
December 3, 2024, 4:58 pm
PGIRM desak kerajaan luluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara besasar
December 3, 2024, 4:56 pm
KUSKOP tawar moratarium 6 bulan kepada usahawan terjejas banjir
December 3, 2024, 3:13 pm
Amaran cuaca buruk: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang landa sembilan negeri petang ini
December 3, 2024, 3:01 pm
PM zahir penghargaan yang turun bantu mangsa banjir seluruh negara
December 3, 2024, 2:44 pm
Isu tanah rizab Polis Taman Desa: Bekas Menteri Wilayah persoal pemberimilikan tanah kepada pemaju
December 3, 2024, 2:42 pm
Polis bersedia hadapi gelombang kedua banjir di Kelantan, segala aset sudah diaktifkan
December 3, 2024, 2:32 pm
Polis cekup 3 remaja pecah masuk pejabat sekolah dijadikan PPS, curi RM3,200 dalam peti
December 3, 2024, 2:31 pm