Berita Berita
Arwah serah masa depan Malaysia kepada anak muda, tak pernah simpan dendam - Keluarga Tun Daim
KUALA LUMPUR 18 Nov – Keluarga Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendedahkan bahawa Allahyarham tidak pernah menyimpan dendam termasuk mereka yang telah menolak usahanya.
Menerusi satu kenyataan keluarga Tun Daim berkata, Allahyarham juga telah memaafkan tanpa kata-kata dan sanggup memikul beban konflik dengan perasaan tenang serta kasih sayang yang selama ini mencorakkan wataknya.
Malah, mereka menyerahkan segala-galanya kepada sejarah untuk menghakiminya.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur kerana diberikan peluang bersamanya. Walaupun kehilangannya tiada ganti, legasi yang ditinggalkannya memberikan kami ketenangan.
“Dalam meratapi kehilangannya, kami meraikan kehidupannya dan bagaimana beliau menyentuh kehidupan orang di sekelilingnya. Semoga legasi beliau memberi inspirasi kepada kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Tambah kenyataan keluarga Tun Daim, biarpun Allahyarham tidak lagi berada di samping kita, namun usaha beliau walau sekecil mana pun telah membantu mencapai masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia.
Katanya, beliau sentiasa berpesan bahawa kekuatan negara ini terletak kepada kepelbagaian, perpaduan, usaha gigih dan keyakinan yang utuh bahawa kita boleh bersama-sama mencapai kegemilangan.
“Sehingga ke akhir hayatnya, beliau kekal yakin kepada potensi negara ini, untuk menjadikan Malaysia lebih adil, makmur, inklusif dan bersatu.
“Kepada anak muda Malaysia, Allahyarham meletakkan kepercayaan kepada anda kerana baginya, anda adalah masa depan dan harapan negara. Malaysia adalah milik anda sekarang.
“Beliau berpesan walaupun jalan menuju Malaysia yang lebih baik sememangnya penuh ranjau, tetapi percayalah, ia berbaloi untuk diharungi,”ujarnya.
Kata kenyataan itu lagi, mereka sekeluarga juga terhutang budi dengan mereka yang pernah bekerja dengan Allahyarham dan sentiasa mendampinginya, yang berkawan, menyokong dan mempercayai visinya.
“Beliau amat menghargai ikatan persahabatan yang dijalinkan sama ada di dalam atau luar negara.
“Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para doktor, jururawat, kakitangan dan pihak pengurusan Hospital Assunta, di atas penjagaan dan keprihatinan yang ditunjukkan selama beberapa tahun sehinggalah detik terakhir Allahyarham,”katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta, di sini pada usia 86 tahun pada Rabu lalu.
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali.
Kali pertama adalah dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
Beliau kemudian kembali berkhidmat untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir bagi menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia. – Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm