Berita Berita
'Jangan beri muka, pantau semua anak-anak buah anda' - Ketua Polis Pulau Pinang tegur KPD
GEORGE TOWN 18 Nov – Polis Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota di negeri itu yang terlibat dengan dadah.
Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengingatkan Ketua-Ketua Polis Daerah agar sentiasa memantau ‘anak buah’ masing-masing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah.
”Berkaitan dengan isu dadah, saya sudah uar-uarkan tidak akan bertolak ansur dengan dadah.
“Ketua-Ketua Polis Daerah perlu memantau anak-anak buah mereka agar tidak bersekongkol dengan mana-mana sindiket atau terlibat dengan dadah,” katanya ketika berucap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.
Terdahulu, Hamzah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut dan Pengerusi Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Untuk rekod, terdapat enam kes dadah melibatkan polis kontinjen Pulau Pinang pada tahun ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu dilantik hari ini, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, usaha pencegahan jenayah di Timur Laut memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:21 pm
Vivy, suami bakal didakwa berhubung kerugian Khazanah, PNB Khamis ini
December 3, 2024, 8:14 pm
IPCC rekod 529 aduan setakat 22 November - Saifuddin
December 3, 2024, 4:58 pm
PGIRM desak kerajaan luluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara besasar
December 3, 2024, 4:56 pm
KUSKOP tawar moratarium 6 bulan kepada usahawan terjejas banjir
December 3, 2024, 3:13 pm
Amaran cuaca buruk: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang landa sembilan negeri petang ini
December 3, 2024, 3:01 pm
PM zahir penghargaan yang turun bantu mangsa banjir seluruh negara
December 3, 2024, 2:44 pm
Isu tanah rizab Polis Taman Desa: Bekas Menteri Wilayah persoal pemberimilikan tanah kepada pemaju
December 3, 2024, 2:42 pm
Polis bersedia hadapi gelombang kedua banjir di Kelantan, segala aset sudah diaktifkan
December 3, 2024, 2:32 pm
Polis cekup 3 remaja pecah masuk pejabat sekolah dijadikan PPS, curi RM3,200 dalam peti
December 3, 2024, 2:31 pm