Berita Berita
Pemandu mabuk langgar suami isteri hingga maut dibebaskan dengan jaminan polis
JOHOR BAHRU 18 Nov – Pemandu mabuk yang memandu kereta Perodua Alza dan merempuh motosikal dinaiki pasangan suami isteri sehingga maut, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah menahan lelaki berusia 34 tahun, sejurus tiba di lokasi kejadian untuk pemeriksaan sewajarnya, kelmarin.
Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan setelah mendapati suspek mengalami kecederaan di kepala dan kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
“Suspek telah ditahan di lokasi kemalangan untuk pemeriksaan dan ujian sewajarnya. Namun, disebabkan kecederaan di kepala yang dialami, suspek diberi jaminan polis untuk rawatan di hospital.
“Kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan selepas siap ianya akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan pasangan suami isteri, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd. A.Aziz, 35, maut setelah motosikal jenis Honda Vario dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk itu.
Dalam pada itu, Mohd. Sohaimi dilaporkan berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan, namun hasil ujian air kencing dilakukan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 11:21 pm
Vivy, suami bakal didakwa berhubung kerugian Khazanah, PNB Khamis ini
December 3, 2024, 8:14 pm
IPCC rekod 529 aduan setakat 22 November - Saifuddin
December 3, 2024, 4:58 pm
PGIRM desak kerajaan luluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara besasar
December 3, 2024, 4:56 pm
KUSKOP tawar moratarium 6 bulan kepada usahawan terjejas banjir
December 3, 2024, 3:13 pm
Amaran cuaca buruk: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang landa sembilan negeri petang ini
December 3, 2024, 3:01 pm
PM zahir penghargaan yang turun bantu mangsa banjir seluruh negara
December 3, 2024, 2:44 pm
Isu tanah rizab Polis Taman Desa: Bekas Menteri Wilayah persoal pemberimilikan tanah kepada pemaju
December 3, 2024, 2:42 pm
Polis bersedia hadapi gelombang kedua banjir di Kelantan, segala aset sudah diaktifkan
December 3, 2024, 2:32 pm
Polis cekup 3 remaja pecah masuk pejabat sekolah dijadikan PPS, curi RM3,200 dalam peti
December 3, 2024, 2:31 pm