Berita Berita
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
PUTRAJAYA 14 Nov - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan tiada kenaikan harga makanan 5 peratus di semua restoran mamak tahun depan termasuk di Johor.
Presiden Presma Jawahar Ali Taib Khan, berkata demikian selepas pertemuan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.
Katanya, laporan media memetik Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Johor, Hussien Ibrahim, sebelum ini disalah petik, justeru menimbulkan salah faham.
“Apa kita bincang dengan KPDN kita beritahu muktamad tiada kenaikan dalam masa terdekat di Johor dan semua restoran India Muslim.
“Kenyataan (dikeluarkan) itu mungkin tersasul sebab panggilan telefon dibuat sewaktu dia (Hussien) sedang memandu kereta. Dia pun bukan pemilik restoran dan hanya setiausaha persatuan tersebut,” katanya kepada FMT.
Jawahar berkata, pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa, Shamsul Nizam Khalil berlangsung 30 minit.
Turut hadir, peguam Presma, Habizan Habeeb Rahman dan Bendahari Persatuan Usahawan India Muslim Johor, Ajim Nasir Khan.
Sebelum ini, media melaporkan 300 restoran mamak di Johor dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula 5 peratus tahun depan.
Hussien berkata, langkah itu berikutan peningkatan kos operasi seperti harga barang dan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bermula Februari 2025.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata notis memanggil persatuan terbabit telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Dalam pada itu, Jawahar berkata, Presma tidak akan bersengkokol dengan mana-mana restoran di bawah persatuan itu yang ingin menaikkan harga makanan.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan menggunakan alasan kenaikan gaji minimum RM1,700 untuk menaikkan harga.
Berita berkaitan
January 3, 2025, 10:48 am
Dakwa kekasih masih bujang, ibu tunggal teruk dibelasah akibat 'sondol' suami orang di parkir kereta
January 3, 2025, 10:41 am
Ibu maut, anak 4 tahun cedera dirempuh motosikal ditunggang remaja di Jempol
January 3, 2025, 10:41 am
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi, kementerian beri bantuan konsular
January 3, 2025, 10:03 am
Rombak semula projek yang 'makan masa' nak siap - Anwar
January 2, 2025, 5:15 pm
Pindaan Akta PERKESO bakal perkenal perlindungan 24 jam kepada pekerja
January 2, 2025, 5:02 pm
Ribuan ahli MIC dijangka hadir perhimpunan solidariti Najib Razak
January 2, 2025, 4:50 pm
Keputusan DNA sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan
January 2, 2025, 4:38 pm
Miliki ganja, pelawak terkenal dipenjara 6 bulan di Jeddah
January 2, 2025, 3:49 pm
Rapid KL cipta sejarah, kendali 1.5 juta penumpang pada 31 Disember 2024
January 2, 2025, 3:17 pm