Berita Berita
Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 37,708 saman dalam tempoh 13 hari
KUALA TERENGGANU 14 Nov – Sebanyak 37,708 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 37,708 kepada pengguna motosikal dalam tempoh 13 hari pelaksanaan Ops Khas Motosikal bermula 1 November lalu.
Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia susulan pemeriksaan dijalankan terhadap 136,067 motosikal sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya turut menyita 1,014 motosikal membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada insurans dan cukai jalan, pengubahsuaian sangat ekstrem oleh pemilik motosikal.
"Operasi akan diteruskan selama dua bulan sehingga Disember ini yang mana operasi akan diadakan secara berterusan untuk tempoh dua bulan di seluruh negara.
"Penguatkuasaan secara berterusan penting untuk mendidik dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
"Jadi kita ingin ingatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan kerana tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini hari ini.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata, program MyLesen adalah komitmen dan usaha berterusan kerajaan untuk membantu B40 mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan.
Katanya, pemilikan lesen memandu kelas B2 itu memberi manfaat kepada masyarakat termasuk di Terengganu bagi memudahkan pergerakan menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi setempat seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah.
Berita berkaitan
November 14, 2024, 4:52 pm
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
November 14, 2024, 4:10 pm
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
November 14, 2024, 3:44 pm
883 sekolah seluruh negara berisiko dilanda banjir
November 14, 2024, 3:39 pm
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
November 14, 2024, 3:32 pm
Kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas ekoran jalan licin, basah
November 14, 2024, 3:22 pm
Wanita hamil lapan bulan hilang bersama anak lelaki 4 tahun selamat ditemukan
November 14, 2024, 3:14 pm
Lelaki dibayar RM100 untuk bawa dadah bernilai RM2 juta
November 14, 2024, 3:10 pm
Penuntut IPTA, rakan wanita raih RM3,000 sebulan jual, rakam video lucah di media sosial
November 14, 2024, 2:55 pm