Berita Berita
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
IPOH 14 Nov - Sebuah rumah yang dihuni oleh seorang warga emas di Taman Perpaduan Jaya, Ipoh, dilaporkan dalam keadaan seperti tempat pembuangan sampah, apabila kediaman itu dipenuhi lebih satu tan sampah memenuhi ruang rumah tersebut.
Antara sampah yang dikumpulkan adalah barangan kitar semula seperti plastik, kertas, kadbod, dan tin aluminium.
Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil tindakan dengan melaksanakan Operasi Bersepadu Penghapusan Kacau Ganggu Aduan Pengumpulan Barangan Kitar Semula dan Sampah Sarap di rumah lelaki berusia 66 tahun itu, semalam.
Menurut kenyataan MBI yang dikeluarkan pada Khamis, pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam mengenai masalah berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki tersebut didapati mengumpul barangan kitar semula dan menyimpan sampah di halaman rumah teres satu tingkatnya, yang akhirnya mengganggu persekitaran penduduk sekitar.
“Operasi ini dijalankan selepas pemilik rumah gagal mematuhi Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976,” menurut MBI.
Operasi yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Bandaraya itu melibatkan kerjasama jabatan-jabatan berkaitan serta pihak polis. Operasi bermula pada pukul 9 pagi dan tamat selepas tiga jam tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Pemilik rumah juga telah memberikan kerjasama penuh dengan membersihkan kawasan tersebut dan memindahkan semua barangan terpakai. Tiga lori penuh berisi plastik, kertas, kadbod, dan tin aluminium telah dikutip, dengan jumlah keseluruhan sisa mencapai 1,110 kilogram.
Dalam perkembangan yang sama, MBI turut memaklumkan bahawa barangan kitar semula tersebut dihantar ke Pusat Kitar Semula di Kawasan Perindustrian IGB dengan persetujuan pemilik rumah.
Syarikat kitar semula yang terlibat telah membeli barangan tersebut dan membayar pemilik rumah berdasarkan berat bahan kitar semula.
Pemilik rumah turut diberikan nasihat supaya berhubung secara terus dengan syarikat kitar semula pada masa hadapan bagi mengelakkan barangan kitar semula terkumpul semula dan menyebabkan gangguan kepada orang awam.
MBI turut memberi amaran bahawa jika masalah ini berterusan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas.
Oleh itu, MBI menggesa warga Ipoh untuk melayari portal Ekonomi Kitaran MBI di [http://www.mbi.gov.my/sumber/ekonomi](http://www.mbi.gov.my/sumber/ekonomi) untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat-syarikat kitar semula berlesen di kawasan pentadbiran MBI.
Ini bagi memudahkan penduduk menjual barangan kitar semula mereka melalui program *Trash for Cash* (Sampah Menjadi Wang). – Media Telus
Berita berkaitan
January 3, 2025, 10:41 am
Ibu maut, anak 4 tahun cedera dirempuh motosikal ditunggang remaja di Jempol
January 3, 2025, 10:41 am
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi, kementerian beri bantuan konsular
January 3, 2025, 10:03 am
Rombak semula projek yang 'makan masa' nak siap - Anwar
January 2, 2025, 5:15 pm
Pindaan Akta PERKESO bakal perkenal perlindungan 24 jam kepada pekerja
January 2, 2025, 5:02 pm
Ribuan ahli MIC dijangka hadir perhimpunan solidariti Najib Razak
January 2, 2025, 4:50 pm
Keputusan DNA sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan
January 2, 2025, 4:38 pm
Miliki ganja, pelawak terkenal dipenjara 6 bulan di Jeddah
January 2, 2025, 3:49 pm
Rapid KL cipta sejarah, kendali 1.5 juta penumpang pada 31 Disember 2024
January 2, 2025, 3:17 pm
Lelaki Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen, cap imigresen tumpas
January 2, 2025, 2:29 pm