Berita Berita
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
SEREMBAN 14 Nov. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah mengenal pasti seorang anggota polis yang didakwa menggunakan kenderaan rasmi pasukan untuk tujuan peribadi, sebagaimana yang tular di media sosial pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, memaklumkan bahawa pihaknya menyedari kewujudan video berkenaan sekitar jam 4 petang di media sosial.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
"Video tersebut menunjukkan anggota polis berkenaan menggunakan kenderaan pasukan untuk kegunaan peribadi di Jalan Camar 1, Seremban," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi IPD Seremban.
Beliau menambah bahawa anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman di bawah peraturan tatatertib sedang dijalankan. Mohamad Hatta turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap salah laku yang melanggar etika dan disiplin di kalangan anggotanya.
Berita berkaitan
January 3, 2025, 10:03 am
Rombak semula projek yang 'makan masa' nak siap - Anwar
January 2, 2025, 5:15 pm
Pindaan Akta PERKESO bakal perkenal perlindungan 24 jam kepada pekerja
January 2, 2025, 5:02 pm
Ribuan ahli MIC dijangka hadir perhimpunan solidariti Najib Razak
January 2, 2025, 4:50 pm
Keputusan DNA sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan
January 2, 2025, 4:38 pm
Miliki ganja, pelawak terkenal dipenjara 6 bulan di Jeddah
January 2, 2025, 3:49 pm
Rapid KL cipta sejarah, kendali 1.5 juta penumpang pada 31 Disember 2024
January 2, 2025, 3:17 pm
Lelaki Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen, cap imigresen tumpas
January 2, 2025, 2:29 pm
Pengarah narkotik Indonesia dipecat kes peras ugut rakyat Malaysia di Jakarta
January 2, 2025, 2:14 pm
Fadhlina beri amaran guru besar, pengetua jangan cuba sorok kes buli
January 2, 2025, 2:09 pm