Berita Berita
Penuntut IPTA, rakan wanita raih RM3,000 sebulan jual, rakam video lucah di media sosial
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Seorang pelajar lelaki dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bersama rakan wanitanya sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana dipercayai menjual video lucah mereka di media sosial.
Menurut kenyataan SKMM, siasatan awal mendapati kegiatan suspek lelaki bermula sejak tahun 2021 dengan memuat naik semula kandungan lucah yang dikongsi oleh pengguna lain di platform X.
"Modus operandi suspek kemudian berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah bersama rakan wanitanya, sehingga berjaya menarik lebih 100,000 pengikut di platform tersebut.
“Suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan dengan pendapatan bulanan mencecah RM3,000, di mana setiap video dijual pada harga sehingga RM150," menurut kenyataan tersebut.
SKMM juga menyita satu unit telefon bimbit serta kad SIM milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu siasatan.
"Selain suspek, turut diambil keterangan adalah rakan wanita lelaki itu yang merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
“Tindakan menjual video lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali," tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu, SKMM menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan penyebaran dan penjualan kandungan lucah di mana-mana platform media sosial untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya.
Berita berkaitan
November 14, 2024, 4:52 pm
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
November 14, 2024, 4:40 pm
Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 37,708 saman dalam tempoh 13 hari
November 14, 2024, 4:10 pm
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
November 14, 2024, 3:44 pm
883 sekolah seluruh negara berisiko dilanda banjir
November 14, 2024, 3:39 pm
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
November 14, 2024, 3:32 pm
Kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas ekoran jalan licin, basah
November 14, 2024, 3:22 pm
Wanita hamil lapan bulan hilang bersama anak lelaki 4 tahun selamat ditemukan
November 14, 2024, 3:14 pm
Lelaki dibayar RM100 untuk bawa dadah bernilai RM2 juta
November 14, 2024, 2:55 pm