Berita Dunia
Selepas 10 tahun, jemaah Iran akhirnya dapat tunai umrah
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-04-23T105237-813.jpg)
KUALA LUMPUR 23 April - Kafilah pertama jemaah umrah Iran memulakan perjalanan mereka ke Tanah Suci Makkah pada Isnin selepas terhenti selama 10 tahun.
Majlis pelepasan rasmi jemaah umrah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Iran pada Isnin dan dihadiri wakil pemimpin dalam hal ehwal haji dan ziarah Abdolfattah Navvab, Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Abbas Hosseini dan Duta Arab Saudi ke Iran Abdullah bin Saud al-Anzi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (Irna).
Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin, kata Mohammad-Hossein Ajilian yang bertanggungjawab ke atas operasi haji dalam syarikat pengurusan lapangan terbang Iran pada Sabtu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad juga akan mengendalikan penerbangan seumpama itu pada Isnin dan lapangan terbang di bandar utama termasuk Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan, dan Shiraz, masing-masing akan menyewa khas satu penerbangan pada hari-hari berikutnya.
Lapangan terbang Marshad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.
Ajilian berkata sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini.
-Bernama
Berita berkaitan
July 5, 2024, 5:05 pm
Parti Buruh menang besar PRU UK, dijangka bentuk kerajaan hari ini
July 4, 2024, 12:10 pm
Demam Nil Barat serang Israel, ragut 11 nyawa, ratusan dijangkiti
July 3, 2024, 2:38 pm
Peraturan bekerja 6 hari seminggu mula dikuat kuasa
July 2, 2024, 12:26 pm
4 sekeluarga termasuk 3 budak hanyut dibawa kepala air, pengantin baru terselamat
June 28, 2024, 12:26 pm
Ibu ayah pukul anak hingga maut sebab tertumpahkan air, tanam mayat sebelah rumah
June 27, 2024, 12:32 pm
AS kembalikan AS$100 juta dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
June 24, 2024, 12:16 pm
Cuaca panas melampau, angka kematian jemaah haji musim ini cecah 1,300 orang
June 12, 2024, 4:20 pm
Lebih 1.5 juta umat Islam tiba di Arab Saudi untuk tunaikan haji
June 10, 2024, 11:00 am
Remaja rebah paru-paru pecah akibat hisap vape
June 9, 2024, 11:13 am