Berita Berita
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Platform penstriman popular, Netflix, mengumumkan kenaikan harga langganan untuk pelanggan di Malaysia, yang berkuat kuasa serta-merta. Perubahan ini melibatkan semua pelan langganan – Asas, Standard, Premium, dan Mudah Alih.
Menurut laporan portal teknologi SoyaCincau, pelan Asas kini dikenakan caj RM29.90 sebulan, meningkat daripada RM28 sebelum ini. Pelanggan pelan Standard pula perlu membayar RM49.90 sebulan berbanding harga lama RM45, manakala harga pelan Premium naik kepada RM62.90 daripada RM55.
Pelan Mudah Alih juga mengalami kenaikan dengan harga baharu RM18.90 sebulan, berbanding RM17 sebelum ini.
Netflix turut mengenakan caj tambahan RM13 sebulan bagi pengguna yang berkongsi pelan Standard atau Premium dengan individu yang tidak tinggal serumah, di mana yuran tambahan ini akan ditanggung oleh pemegang akaun utama.
Kenaikan harga ini juga dijangka memberi kesan kepada pakej tambahan Netflix yang ditawarkan oleh penyedia telekomunikasi dan TV berbayar.
Astro mengesahkan bahawa harga pakejnya juga akan dinaikkan, namun pelanggan sedia ada yang mempunyai Netflix sebagai sebahagian daripada pakej mereka tidak akan terjejas sehingga 1 Mac tahun depan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 4:52 pm
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
November 14, 2024, 4:40 pm
Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 37,708 saman dalam tempoh 13 hari
November 14, 2024, 4:10 pm
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
November 14, 2024, 3:44 pm
883 sekolah seluruh negara berisiko dilanda banjir
November 14, 2024, 3:39 pm
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
November 14, 2024, 3:32 pm
Kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas ekoran jalan licin, basah
November 14, 2024, 3:22 pm
Wanita hamil lapan bulan hilang bersama anak lelaki 4 tahun selamat ditemukan
November 14, 2024, 3:14 pm
Lelaki dibayar RM100 untuk bawa dadah bernilai RM2 juta
November 14, 2024, 3:10 pm
Penuntut IPTA, rakan wanita raih RM3,000 sebulan jual, rakam video lucah di media sosial
November 14, 2024, 2:55 pm