Berita Berita
Tiga faktor luar jangka jadi penyumbang kegagal FashionValet (FV)
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kementerian Kewangan baru-baru ini menyatakan tiga faktor luar jangka utama yang menyumbang kepada kegagalan syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet (FV).
Akibatnya, pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat tersebut mengalami kerugian yang ketara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menjelaskan bahawa salah satu faktor utama adalah impak pandemik COVID-19 yang membatasi perniagaan fizikal FashionValet dan menyebabkan penurunan ketara dalam pasaran pakaian premium seperti tudung.
"FashionValet pada awalnya berhasrat untuk menjadi platform membeli-belah pelbagai saluran dan telah memperluas bilangan kedai fizikalnya dengan pesat.
"Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu COVID-19 menghalang operasi perniagaan fizikal mereka, dan permintaan terhadap pakaian premium menurun secara mendadak," katanya semasa menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat.
Menurut Amir Hamzah, faktor kedua yang menyumbang kepada kemerosotan FashionValet adalah perubahan dalam trend platform fesyen e-dagang.
Pertumbuhan pesat jenama tempatan yang memanfaatkan platform mereka sendiri serta saluran jualan mudah seperti Facebook mewujudkan persaingan sengit, memaksa FashionValet menutup platformnya dan memberi tumpuan kepada jenama dalaman, dUCk dan LILIT.
Faktor ketiga pula adalah cabaran dalam pengumpulan dana. FashionValet berusaha untuk mendapatkan modal baharu bagi mengatasi masalah aliran tunai, tetapi pemegang saham sedia ada seperti Khazanah dan PNB enggan menambah pelaburan disebabkan risiko yang tinggi, terutama dalam pasaran dana yang mencabar pada masa itu.
Walaupun Khazanah dan PNB hanyalah pelabur minoriti, mereka tetap memberikan sokongan proaktif termasuk bimbingan strategik dan nasihat kewangan kepada pengurusan tertinggi FashionValet.
Namun, Amir Hamzah menyatakan bahawa impak dari cabaran-cabaran tersebut terlalu besar, menyebabkan kemerosotan kewangan syarikat yang serius.
Khazanah dan PNB mengakui bahawa pulangan pelaburan dalam FashionValet tidak mencapai unjuran yang dijangkakan. Kini, kerajaan akan terus memantau dan meneliti proses tadbir urus dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan kecekapan yang lebih kukuh pada masa hadapan.
"Memandangkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan audit dalaman sedang dijalankan, Khazanah dan PNB perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan siasatan ini. Penemuan yang diperoleh kelak akan digunakan untuk meningkatkan tadbir urus GLIC terlibat," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa ketika Khazanah dan PNB menilai potensi pelaburan dalam FashionValet pada 2017, syarikat tersebut merupakan platform fesyen e-dagang yang sedang berkembang pesat dengan lebih 400 jenama, 15,000 produk, dan hasil perniagaan hampir RM60 juta. - Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 4:52 pm
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
November 14, 2024, 4:40 pm
Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 37,708 saman dalam tempoh 13 hari
November 14, 2024, 4:10 pm
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
November 14, 2024, 3:44 pm
883 sekolah seluruh negara berisiko dilanda banjir
November 14, 2024, 3:39 pm
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
November 14, 2024, 3:32 pm
Kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas ekoran jalan licin, basah
November 14, 2024, 3:22 pm
Wanita hamil lapan bulan hilang bersama anak lelaki 4 tahun selamat ditemukan
November 14, 2024, 3:14 pm
Lelaki dibayar RM100 untuk bawa dadah bernilai RM2 juta
November 14, 2024, 3:10 pm
Penuntut IPTA, rakan wanita raih RM3,000 sebulan jual, rakam video lucah di media sosial
November 14, 2024, 2:55 pm