TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita sarat mengandung bersama anak lelaki 4 tahun hilang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Nov. -  Seorang wanita yang sedang hamil lapan bulan bersama anak lelakinya berusia empat tahun dilaporkan hilang selepas mereka tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering, malam semalam.

Wanita tersebut, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29 tahun, keluar dari rumah dengan memandu kereta Perodua Axia berwarna biru gelap bersama anaknya, Aydan Noah Mohd Shahmi, pada tengah hari semalam.

Menurut kakak Nur Nadia, Adlin Mohd Zakaria, adiknya bersama anak saudaranya keluar untuk membeli makanan di sebuah pasar raya di Jalan Pintasan Kuantan.

“Kami menyedari mereka hilang apabila mereka tidak pulang menjelang jam 5 petang. Kami bersama suaminya mula mencarinya,” kata Adlin.

Namun, usaha mencari mereka dan kereta yang dinaiki tidak berhasil, dan kebetulan Nur Nadia tidak membawa telefon bimbitnya ketika keluar.

Laporan polis telah dibuat pada jam 8 malam semalam, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Nur Nadia dan Aydan Noah diminta untuk menghubungi keluarga di talian 017-9808542.

“Kami risau kerana Nur Nadia sedang hamil besar,” tambah Adlin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zaharai Wan Busu, mengesahkan bahawa laporan orang hilang telah diterima. - Media Telus

+ - reset