Berita Berita
(VIDEO) Shuib, Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta
SHAH ALAM 14 Nov. - Syarikat Bubblebee Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Khamis atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan, termasuk penalti, berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang tahun lalu.
Syarikat tersebut serta dua pengarahnya, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad, 40 tahun, dan Koh Choon Guan, 33 tahun, yang merupakan orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa dengan enam pertuduhan masing-masing kerana gagal membayar cukai perkhidmatan bagi tempoh bercukai dari 1 Januari hingga 1 November 2023, seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Kesalahan tersebut dikatakan berlaku di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) JKDM, Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 26(8) akta sama. Mereka juga dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 di bawah Seksyen 26(10) serta Seksyen 69(1) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri mencadangkan jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan, dengan alasan jumlah cukai yang belum dibayar adalah tinggi.
Namun, peguam yang mewakili OKS, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin, memohon agar jaminan direndahkan kerana anak guamnya telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.
Hakim Rasyihah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 18 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib, dan Koh telah didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu, selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis. - Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 4:52 pm
Hanya salah faham, tiada kenaikan harga makanan kedai mamak di Johor tahun depan - Presma
November 14, 2024, 4:40 pm
Ops Khas Motosikal: JPJ keluar 37,708 saman dalam tempoh 13 hari
November 14, 2024, 4:10 pm
Penduduk dah tak tahan, MBI terpaksa guna 3 lori angkut lebih 1 tan sampah di rumah warga emas
November 14, 2024, 3:44 pm
883 sekolah seluruh negara berisiko dilanda banjir
November 14, 2024, 3:39 pm
Polis siasat anggota guna kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi
November 14, 2024, 3:32 pm
Kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas ekoran jalan licin, basah
November 14, 2024, 3:22 pm
Wanita hamil lapan bulan hilang bersama anak lelaki 4 tahun selamat ditemukan
November 14, 2024, 3:14 pm
Lelaki dibayar RM100 untuk bawa dadah bernilai RM2 juta
November 14, 2024, 3:10 pm
Penuntut IPTA, rakan wanita raih RM3,000 sebulan jual, rakam video lucah di media sosial
November 14, 2024, 2:55 pm