TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu lori kontena hempap kereta ditahan reman empat hari

By
|
Kongsi
image

BUKIT MERTAJAM 14 Nov. - Pemandu lori kontena yang terlibat dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Bukit Tengah, di sini, semalam, telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan tahanan reman ke atas lelaki berusia 51 tahun itu bermula hari ini hingga Ahad, bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek, yang ditahan semalam, tiba di mahkamah pada jam 8.20 pagi dengan diiringi anggota polis dan sempat membuat isyarat ‘peace’ kepada media yang merakam kehadirannya.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi semalam, insiden itu melibatkan lima kereta dan sebuah lori yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Sebuah kontena yang diangkut lori berkenaan terbalik dan menghempap beberapa kenderaan di persimpangan tersebut. Kejadian ini mengorbankan seorang wanita berusia 21 tahun di lokasi, manakala seorang lelaki berusia 25 tahun cedera dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Rakaman video dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan berhampiran menunjukkan lori tersebut sedang membelok sebelum kontena yang dibawanya terjatuh, lalu menghempap kenderaan-kenderaan yang menunggu di lampu isyarat.

Mangsa yang terkorban difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja sewaktu kejadian berlaku. - Media Telus

+ - reset