Berita Berita
Kerajaan iktiraf jasa Tun Daim kepada negara - Anwar
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 13 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini berada di Lima, Peru berkata, kerajaan mengikhtiraf jasa dan sumbangan bekas menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia pagi tadi.
Anwar melalui satu hantaran di Facebook rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
“Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah,” tulis Anwar.
Terdahulu, Tun Daim dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. – Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 2:45 pm
3 kilang proses makanan terbakar di Semenyih
November 14, 2024, 2:26 pm
Dua lori bertembung, seorang maut di Batu Pahat
November 14, 2024, 2:15 pm
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia
November 14, 2024, 1:59 pm
Tiga faktor luar jangka jadi penyumbang kegagal FashionValet (FV)
November 14, 2024, 1:45 pm
Wanita sarat mengandung bersama anak lelaki 4 tahun hilang
November 14, 2024, 1:34 pm
(VIDEO) Shuib, Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta
November 14, 2024, 12:56 pm
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM
November 14, 2024, 12:02 pm
Amal ekonomi riba, ini 6 pegangan pengikut GISBH difatwakan sesat oleh MKI
November 14, 2024, 12:01 pm
Pemandu lori kontena hempap kereta ditahan reman empat hari
November 14, 2024, 11:42 am