TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

(VIDEO) Polis buru dua lelaki pecah tabung masjid di Ampang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan kecurian wang tabung di sebuah madrasah di Kampung Baru Ampang pada hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, memaklumkan bahawa kejadian itu disedari oleh seorang ahli jawatankuasa madrasah berusia 72 tahun setelah menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 9 pagi.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Rakaman tersebut menunjukkan dua lelaki berpelitup muka memasuki premis madrasah, memecah tabung, dan mengambil wang di dalamnya.

"Rakaman CCTV mendedahkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi. Pengadu mengesyaki suspek memasuki madrasah dengan cara memanjat tembok dinding," jelas beliau.

Mohd Azam turut memaklumkan bahawa beberapa video dan gambar insiden tersebut telah tersebar di media sosial. Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada kesalahan mencuri dalam bangunan. - Media Telus

+ - reset