Berita Berita
Tindakan lanjut kes Tun Daim ditentukan TPR
PUTRAJAYA 13 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa tindakan lanjut berhubung kes melibatkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin, akan ditentukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, keputusan mengenai pendakwaan selanjutnya hanya akan dibuat selepas perbincangan antara SPRM dan TPR. Kenyataan ini susulan pemergian Tun Daim pada pagi Rabu.
“Kami akan berunding dengan TPR untuk menentukan langkah seterusnya. Pemergian Allahyarham mungkin mempengaruhi proses pendakwaan yang sedang dijalankan, dan hanya TPR yang mempunyai kuasa untuk memutuskan hala tuju kes ini,” kata Azam.
Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan mungkin memerlukan sedikit masa, iaitu sekitar satu atau dua minggu, dan SPRM akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja keputusan dicapai.
Dalam perkembangan berkaitan, Allahyarham Tun Daim disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Berita ini disahkan oleh peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang turut mewakili isteri Allahyarham, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, dalam kes mahkamah yang berkaitan.
Rakyat dan pemimpin negara turut berduka atas kehilangan figura besar negara ini, termasuk sesi takzim di Dewan Rakyat sebagai tanda penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Daim. - Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 2:45 pm
3 kilang proses makanan terbakar di Semenyih
November 14, 2024, 2:26 pm
Dua lori bertembung, seorang maut di Batu Pahat
November 14, 2024, 2:15 pm
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia
November 14, 2024, 1:59 pm
Tiga faktor luar jangka jadi penyumbang kegagal FashionValet (FV)
November 14, 2024, 1:45 pm
Wanita sarat mengandung bersama anak lelaki 4 tahun hilang
November 14, 2024, 1:34 pm
(VIDEO) Shuib, Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta
November 14, 2024, 12:56 pm
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM
November 14, 2024, 12:02 pm
Amal ekonomi riba, ini 6 pegangan pengikut GISBH difatwakan sesat oleh MKI
November 14, 2024, 12:01 pm
Pemandu lori kontena hempap kereta ditahan reman empat hari
November 14, 2024, 11:42 am