Berita Jenayah
Tiada laporan kehilangan dibuat libat wanita dibunuh anak sebelum disimpan dalam peti sejuk beku
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Polis mengesahkan tiada laporan dibuat mengenai kehilangan seorang wanita berusia 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya tiga tahun lalu di sebuah rumah di Jalan Klang Lama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata suspek yang berusia 53 tahun dan juga seorang penganggur, tiada rekod jenayah lampau. Status kesihatan suspek kini masih dalam pemeriksaan di hospital.
"Suspek sendiri yang membuat panggilan kepada polis untuk menyerah diri, dan tindakan suspek yang menyerah diri ini masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rusdi juga memaklumkan bahawa suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 November.
Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan dalam peti sejuk beku. Anak lelaki mangsa yang mengalami masalah kesihatan itu dilaporkan membuat laporan kepada polis, mengakui bahawa dia membunuh ibunya pada tahun 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am