Berita Berita
Warga emas ditemukan maut dalam anak sungai selepas 4 hari hilang di Sepang
KUALA LUMPUR 13 Nov – Seorang warga emas, Sahamin Basir yang dilaporkan hilang sejak 8 November lalu di Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek, Sepang ditemukan maut di sebuah anak sungai, semalam.
Mayat mangsa berusia 76 tahun itu ditemui sekitar jam 3.30 petang semalam di dalam anak sungai berhampiran sebuah kilang simen, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, hasil siasatan di lokasi dan pemeriksaan badan mangsa tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
“Penemuaan mangsa adalah hasil gerakkan mencari yang dijalankan pihak polis bersama agensi lain, ahli keluarga serta penduduk kampung.
“Berikutan itu, kes ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
“Kami juga ingin menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lalu dari seorang wanita merupakan anak mangsa.
Norhizam berkata, berdasarkan laporan itu, mangsa kali terakhir dilihat di halaman rumah di Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek pada pukul 1 tengah hari hari sama laporan dibuat. – Media Telus
Berita berkaitan
November 14, 2024, 3:10 pm
Penuntut IPTA, rakan wanita rakam, jual video lucah, raih ‘duit poket’ RM3,000 sebulan
November 14, 2024, 2:55 pm
Hisap vape hingga khayal, pelajar tingkatan 2 cedera terjatuh dari bumbung sekolah di Kangar
November 14, 2024, 2:45 pm
3 kilang proses makanan terbakar di Semenyih
November 14, 2024, 2:26 pm
Dua lori bertembung, seorang maut di Batu Pahat
November 14, 2024, 2:15 pm
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia
November 14, 2024, 1:59 pm
Tiga faktor luar jangka jadi penyumbang kegagal FashionValet (FV)
November 14, 2024, 1:45 pm
Wanita sarat mengandung bersama anak lelaki 4 tahun hilang
November 14, 2024, 1:34 pm
(VIDEO) Shuib, Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta
November 14, 2024, 12:56 pm
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM
November 14, 2024, 12:02 pm