Berita Berita
Dr Malar antara 3 pempengaruh dilantik DBP bantu sebar asas penggunaan bahasa
KUALA LUMPUR 13 Nov – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial sebagai alternatif bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari berkata, pempengaruh itu antaranya Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.
“Pelantikan ikon ini menunjukkan DBP mahu selari dengan perkembangan semasa, kerana bahasa tidak boleh disebar dengan cara yang lama.
“Kita kena bergerak dengan cara yang baharu tetapi kita harus membimbing, melatih mereka (orang awam) dan insya-Allah, kalau ada keperluan kita juga akan mengadakan sesi pertemuan khusus dengan rakan-rakan media, untuk memberi asas-asas penggunaan bahasa yang baik dan betul kerana media sangat berpengaruh dalam menentukan arah tuju sesuatu perkembangan bahasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Media DBP Bersama Media 2024 di Wisma DBP di sini malam ini.
Menurut Hazami lagi, dengan perkembangan media sosial yang kini menjadi pilihan untuk orang ramai berkomunikasi, DBP terus komited untuk memanfaatkan saluran itu secara lebih aktif bagi menampilkan contoh penggunaan-pengunaan bahasa yang baik serta kandungan berkualiti. – Bernama
Berita berkaitan
November 14, 2024, 2:45 pm
3 kilang proses makanan terbakar di Semenyih
November 14, 2024, 2:26 pm
Dua lori bertembung, seorang maut di Batu Pahat
November 14, 2024, 2:15 pm
Netflix naikkan harga langganan di Malaysia
November 14, 2024, 1:59 pm
Tiga faktor luar jangka jadi penyumbang kegagal FashionValet (FV)
November 14, 2024, 1:45 pm
Wanita sarat mengandung bersama anak lelaki 4 tahun hilang
November 14, 2024, 1:34 pm
(VIDEO) Shuib, Pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.6 juta
November 14, 2024, 12:56 pm
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM
November 14, 2024, 12:02 pm
Amal ekonomi riba, ini 6 pegangan pengikut GISBH difatwakan sesat oleh MKI
November 14, 2024, 12:01 pm
Pemandu lori kontena hempap kereta ditahan reman empat hari
November 14, 2024, 11:42 am