TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis selesai ambil keterangan 13 individu bantu siasatan pelajar junior UPNM dipijak hingga patah tulang rusuk

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR 13 Nov – Seramai 13 individu selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelatih junior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mengalami keretakan tulang rusuk dipercayai dipijak penuntut senior.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan itu diambil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Setakat in, 13 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

“Selain itu, kita juga masih menunggu laporan perubatan mangsa lelaki berusia 19 tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Media Telus melaporkan mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga dalam kejadian 21 Oktober lalu (Isnin).

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – Media Telus

+ - reset