Berita Sukan
Empat pelumba basikal trek negara layak ke Olimpik Paris
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen---2024-04-23T100134-216.jpg)
KUALA LUMPUR 23 April - Tiga pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom, dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos.
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Amarjit Singh Gill berkata perkara itu disahkan selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan kuota berbasikal trek bagi setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), semalam.
“Kami sangat gembira dengan komposisi pasukan trek di Paris bersama Datuk Azizul dan Shah Firdaus dalam acara keirin dan pecut, dan Nurul Izzah membuat penampilan sulungnya dalam kedua-dua acara keirin dan pecut serta acara sukan terbesar di dunia.
“Pasukan trek mempunyai perancangan terperinci yang telah ditetapkan untuk tiga bulan akan datang menjelang temasya itu, dengan latihan di Velodrom Nasional di Nilai dan selepas itu ke Eropah untuk tempoh yang singkat sebelum menyertai acara trek di Paris, yang akan diadakan dari 6 Ogos hingga 11 Ogos,” katanya dalam kenyataan.
Isnin lalu, Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI memaklumkan ketiga-tiga pelumba itu telah layak secara tidak rasmi ke Paris, berdasarkan mata dan ranking dikeluarkan selepas pusingan terakhir Piala Negara-Negara UCI 2024 di Milton, Kanada.
Empat atlet berbasikal Malaysia akan bertanding pada temasya di Paris selepas Nur Aisyah Zubir sebelum ini mendapat tempat dalam berbasikal lebuh raya yang juga mencipta sejarah sebagai pelumba wanita pertama negara bersaing dalam acara itu di Olimpik.
Dengan perkembangan terbaharu itu, sembilan atlet Malaysia secara rasmi layak ke Olimpik, menyertai penerjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Mohd Latif daripada sukan pelayaran, Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) yang mengesahkan tempat mereka sebelum ini.
#OLIMPIKPARIS #ATLETBERBASIKAL #MALAYSIA
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am