Berita Jenayah
Siti Hajartul Haini tak mengaku tipu pesara dalam pelaburan emas
KUALA LUMPUR 12 Nov - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menipu seorang pesara kerajaan membabitkan nilai RM26,750 dalam pelaburan emas 'Paddy Jewellery'.
Siti Hajartul Haini Abd Hamid, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, S Mageswary.
Mengikut pertuduhan, Siti Hajartul Haini didakwa menipu Mohd Zaid Ibrahim, 50, dengan memperdaya pelaburan emas Paddy
Jewellery sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan RM26,750 melalui akaun CIMB Bank atas nama Pawana Sweet, milik syarikat wanita itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bank di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Dang Wangi, di sini, kira-kira 12.20 tengah hari, 2 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun serta dengan sebat dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Hilmi Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan menawarkan RM8,000 wang jaminan dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Siti Hajartul Haini memohon wang jaminan dikurangkan berikutan dia tidak bekerja dan menanggung empat anak, suami dan bapa mentua.
"Saya minta (jaminan) dikurangkan kerana saya mempunyai empat anak, suami yang tidak bekerja dan dia dalam rawatan demam denggi selain menghidap darah tinggi dan asma.
"Saya juga tidak bekerja dan menanggung bapa mentua," katanya.
Kemudian Mageswary membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 20 Disember untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Semalam, seorang lelaki yang terbabit dalam pelaburan Paddy Jewellery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menipu dua individu membabitkan nilai lebih RM300,000.
Sebelum ini, media melaporkan 69 laporan polis diterima berkaitan penipuan pelaburan ini membabitkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM48.5 juta.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am