Berita Jenayah
Budak dua tahun cedera di mata, badan disyaki didera rakan ibu
PETALAING JAYA 11 Nov - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengalami kecederaan di mata dan badan, dipercayai didera rakan ibunya di Taman Desaria, di sini.
Perbuatan itu terbongkar selepas doktor merawat mangsa yang dibawa ke klinik oleh ibunya pada 8 November lalu membuat laporan polis susulan kecederaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.55 pagi kelmarin, mendakwa kanak-kanak disyaki didera.
Katanya, siasatan awal mangsa mungkin didera rakan ibunya hingga cedera di bahagian mata, tangan kiri dan kanan serta luka di punggung.
"Ibu mangsa yang sebelum ini ditahan atas kesalahan dadah pada 18 September lalu dan diikat jamin pada 6 November, mendapati anaknya mengalami kecederaan tetapi mendakwa dimaklum rakan bahawa kesan itu akibat terkena mercun.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan suspek belum ditahan lagi," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor R Daamotaran Naiidu 019-6551269. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am