Berita Politik
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
KUALA LUMPUR 11 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han secara rasmi dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor baharu, menggantikan penyandang Gobind Singh Deo yang tewas pemilihan parti peringkat negeri semalam.
Sze Han yang sebelum ini adalah Setiausaha DAP Selangor memperoleh 1,058 undi dan berada di kedudukan ketiga dalam kelompok 15 teratas meraih paling banyak undi dalam Pemilihan DAP Negeri Selangor bagi penggal 2024-2027.
Bagi jawatan Timbalan Pengerusi pula, ia diisi oleh Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Selangor.
Dalam keputusan yang diumumkan sebentar tadi, Ganabatirau berada di kedudukan lima teratas dengan meraih undi sebanyak 1,020 undi manakala jawatan Naib Pengerusi masing-masing disandang Ng Suee Lim dan En Yong Hian Wah.
Meskipun berada di kedudukan pertama dengan memperoleh undi paling tinggi sebanyak 1,180, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, dilantik sebagai Setiausaha DAP Selangor dan penolongnya adalah Leong Tuck Chee.
ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dilantik sebagai Bendahari DAP negeri dan penolongnya adalah R Rajiv.
Setiausaha Organisasi Negeri adalah Tiew Way Keng dan dua penolongnya masing-masing ADUN Banting, V Papparaidu dan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki.
Jawatan Pengarah Pendidikan Politik Negeri disandang oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ong Chun Wei serta ADUN Subang Jaya, Ng Mei Sze pula dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri. - Media Telus
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am