Berita Jenayah
Lagi kes buli di UPNM: Pelajar junior retak tulang rusuk, tulang belakang dipijak senior
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) retak tulang rusuk, tulang belakang selepas dipijak pelatih tahun 3 universiti berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan pada 8 November berkaitan kejadian.
"Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober lalu kira-kira pukul 10.45 malam Ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama.
"Mangsa berusia 19 tahun telah mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat kejadian dipijak seorang pelatih tahun 3," katanya.
Menurut Rusdi, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami.
Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan polis. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am