TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dakwaan ada bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan adalah palsu - MoF

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Kewangan menegaskan bahawa dua akaun TikTok yang mendakwa adanya Bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan bagi tahun 2024 adalah palsu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di X, Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan bahawa semakan mendapati kedua-dua akaun, iaitu @moh.khairul457 dan @muhammad.dato.amr, telah meminta mangsa untuk menghantar maklumat peribadi mereka melalui akaun Telegram yang dipercayai milik scammer.

"Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran palsu seperti ini yang tersebar di media sosial. Pastikan anda hanya mengikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan semak pautan yang diberikan dengan teliti," kata MoF.

Kementerian turut mengingatkan orang ramai agar tidak klik sebarang pautan yang diragui dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerat dalam penipuan.

Setakat ini, video yang dimuat naik oleh @moh.khairul457 telah meraih 4.7 juta tontonan, manakala akaun @muhammad.dato.amr pula mencatatkan 142,300 tontonan di TikTok. - Media Telus

+ - reset