TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lapan wanita warga asing ditahan, guna hotel bajet jadi sarang pelacuran

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Keadaan sebuah bilik hotel bajet di Seri Petaling yang busuk, kotor, dan meloyakan mendedahkan kegiatan pelacuran yang dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu, diserbu dalam operasi Ops Noda pada Sabtu.

Serbuan dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, melibatkan empat premis hotel bajet di Cheras, Sri Petaling, Jalan Ipoh, dan Danau Kota. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata operasi bermula sekitar jam 8 malam itu berjaya menahan lapan wanita warga Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Laos, yang berumur antara 24 hingga 35 tahun, serta lima lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penjaga premis. 

Selain itu, pihak berkuasa turut merampas sejumlah barang bukti termasuk kondom, tuala, minyak pelincir, tisu, dan wang tunai berjumlah RM905. Siasatan mendapati pelanggan boleh menempah khidmat gadis melalui aplikasi dalam talian atau secara 'walk in', dengan harga khidmat antara RM250 hingga RM350 untuk satu jam. 

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan, serta beberapa peruntukan lain dalam Akta Imigresen 1959/63. - Media Telus

+ - reset