Berita Berita
PM beri syarahan umum di Universiti Al-Azhar
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir, pada Ahad ini.
Dalam syarahan itu, beliau akan menekankan usaha untuk memperkasa umat Islam dalam bidang teknologi, kemasyarakatan, dan ekonomi.
Anwar yang memulakan lawatan rasmi pada Sabtu, dijangka menyampaikan ceramah bertajuk "Gagah Bersama: Pandang Alam Umat dari Sudut Pemerkasaan Teknologi, Kemasyarakatan dan Ekonomi" di institusi pengajian Islam tertua dan berprestij dunia tersebut.
Universiti Al-Azhar Al-Sharif dalam kenyataan di laman Facebooknya menyatakan, majlis ini bertujuan memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan universiti terkemuka Timur Tengah itu. Timbalan Sheikh al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdul Rahman Muhammad al-Duwaini, Rektor al-Azhar Prof Dr Salama Dawood, pengurusan kanan universiti, diplomat asing, serta pelajar Malaysia dijangka menghadiri syarahan tersebut.
Lawatan empat hari Anwar ke Mesir ini adalah atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi dan akan berlangsung sehingga 12 November.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian, lawatan ini melakar sejarah penting bagi hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir, di samping membuka peluang memperkukuh kerjasama dalam isu-isu serantau dan global yang berkepentingan bersama. - Media Telus
Berita berkaitan
November 13, 2024, 3:02 pm
Wanita maut kereta dihempap kontena jatuh dari treler di Bukit Mertajam
November 13, 2024, 3:01 pm
(VIDEO) Polis buru dua lelaki pecah tabung masjid di Ampang
November 13, 2024, 2:37 pm
Pengasuh di Selangor paling ramai terlibat kes dera kanak-kanak
November 13, 2024, 2:22 pm
Tindakan lanjut kes Tun Daim ditentukan TPR
November 13, 2024, 2:15 pm
Ibu, rakan dijel 3 tahun ikat anak guna pita selotip, kurung dalam sangkar kucing ketika keluar bekerja
November 13, 2024, 2:00 pm
Kalau #terjahmrsm buka aib, saya yang patut malu - Asyraf Wajdi
November 13, 2024, 1:57 pm
Warga emas ditemukan maut dalam anak sungai selepas 4 hari hilang di Sepang
November 13, 2024, 1:52 pm
Sultan Ibrahim dilantik sebagai Canselor ketujuh UiTM
November 13, 2024, 1:40 pm