TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 selepas berselisih faham dengan kekasih

By
|
Kongsi
image

GEORGETOWN 10 Nov. - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, awal pagi tadi.

Insiden yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara remaja tersebut dengan kekasihnya.

Menurut sumber, remaja yang masih bersekolah itu turut mengelar pergelangan tangan kirinya sebelum insiden berlaku, sementara ibunya tiada di rumah pada waktu tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati terdapat pertengkaran antara mangsa dengan kekasihnya sebelum kejadian tragis itu berlaku. 

Pemeriksaan lanjut menunjukkan ibu bapa mangsa telah bercerai, dan bapanya kini menetap di Kuala Lumpur. Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan sedang keluar membeli barang, dan mangsa merupakan anak tunggal.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian,” kata beliau ketika dihubungi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Media Telus

+ - reset