TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

6 warga Malaysia diberi makanan halal di Penjara Narathiwat, pakaian menutup aurat

By
|
Kongsi
image

NARATHIWAT 9 Nov - Jurucakap Penjara Narathiwat menegaskan bahawa makanan yang disediakan kepada tahanan, termasuk enam rakyat Malaysia yang ditahan berikutan serbuan dadah oleh polis Thailand, adalah halal.

Kenyataan ini dikeluarkan setelah kebimbangan timbul dalam kalangan netizen mengenai isu makanan halal.

Enam rakyat Malaysia tersebut, termasuk seorang penyanyi dikir barat, ditahan di Sungai Golok pada 1 November lalu.

Jurucakap penjara menjelaskan bahawa makanan yang diberikan kepada semua tahanan, termasuk enam rakyat Malaysia itu, disediakan tiga kali sehari oleh pekerja Muslim, sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka diberi makanan yang tidak halal.

Beliau turut menyatakan bahawa keenam-enam tahanan tersebut berada dalam keadaan sihat dan mereka dilayan sama seperti tahanan lain.

Ketiga-tiga wanita Malaysia dipisahkan daripada tiga lelaki dan diberi pilihan untuk memakai pakaian penjara berlengan panjang atau pendek serta dibenarkan memakai tudung.

Keluarga tahanan dibenarkan melawat sekali seminggu dengan tempoh masa 15 minit untuk setiap lawatan. Enam rakyat Malaysia itu akan terus berada di penjara tersebut sehingga siasatan polis selesai dijalankan. - Media Telus

+ - reset