Berita Berita
Fashion Valet: SPRM tak perlu tunggu laporan rasmi siasat perkara libat dana awam
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menggunakan media sosial sebagai sumber untuk mendapatkan petunjuk dalam siasatan mereka.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa SPRM telah mengambil pendekatan baharu dengan mendengar aduan awam yang dibangkitkan di media sosial bagi mengumpul maklumat mengenai rasuah atau kebocoran dana awam.
Menurutnya, walaupun sebelum ini SPRM kurang responsif terhadap isu yang ditimbulkan di media sosial, kini mereka perlu menganalisis setiap maklumat yang dipos untuk menentukan ketulenannya.
“Kami perlu menilai sama ada maklumat tersebut benar atau tidak. Ini memerlukan kepakaran dan analisis untuk menentukan sama ada maklumat itu berguna atau tidak bagi kami mengambil tindakan,” katanya.
Azam menambah bahawa banyak siasatan yang kini dijalankan oleh SPRM bermula daripada aduan orang ramai yang disalurkan secara dalam talian. Contohnya, isu melibatkan pengasas FashionValet yang bermula daripada pendedahan di Parlimen.
Beliau menjelaskan bahawa SPRM tidak seperti pihak polis yang memerlukan laporan rasmi untuk memulakan siasatan.
“Kami di SPRM tidak perlu menunggu laporan rasmi untuk menyiasat perkara yang melibatkan dana awam. Kami boleh bertindak berdasarkan pelbagai sumber, termasuk media sosial, asalkan maklumat itu mempunyai asas yang boleh disahkan.”
Azam turut menyatakan bahawa sejak pandemik, SPRM semakin proaktif dalam pendekatan mereka untuk mengurangkan atau menghapuskan kebocoran dana awam.
“Apabila kita bercakap mengenai kebocoran, ini melibatkan wang rakyat. Sebagai contoh, kerugian RM47 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi bagi kami, ini adalah wang rakyat.”
Tambahnya, SPRM menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas, kerana terdapat pihak yang kurang senang dengan tindakan yang diambil.
“Kami pernah menyiasat hakim, dan ada pihak yang menuduh kami atas pelbagai perkara, tetapi kami hanya menjalankan tugas. Saya sentiasa menasihati pegawai saya untuk bersikap profesional, adil, dan menjalankan tugas tanpa rasa takut, kerana tanggungjawab ini adalah amanah daripada rakyat,” ujarnya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 13, 2024, 3:14 pm
Bukan Bumiputera paling ramai miliki sijil halal - Mohd Naim
November 13, 2024, 3:02 pm
Wanita maut kereta dihempap kontena jatuh dari treler di Bukit Mertajam
November 13, 2024, 3:01 pm
(VIDEO) Polis buru dua lelaki pecah tabung masjid di Ampang
November 13, 2024, 2:37 pm
Pengasuh di Selangor paling ramai terlibat kes dera kanak-kanak
November 13, 2024, 2:22 pm
Tindakan lanjut kes Tun Daim ditentukan TPR
November 13, 2024, 2:15 pm
Ibu, rakan dijel 3 tahun ikat anak guna pita selotip, kurung dalam sangkar kucing ketika keluar bekerja
November 13, 2024, 2:00 pm
Kalau #terjahmrsm buka aib, saya yang patut malu - Asyraf Wajdi
November 13, 2024, 1:57 pm
Warga emas ditemukan maut dalam anak sungai selepas 4 hari hilang di Sepang
November 13, 2024, 1:52 pm
Sultan Ibrahim dilantik sebagai Canselor ketujuh UiTM
November 13, 2024, 1:40 pm