TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis tahan lelaki ‘sumbat’ 16 PATI seludup dalam Mercedes di Tumpat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Nov - Pihak berkuasa menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeludup masuk 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar menggunakan kenderaan mewah jenis Mercedes Benz di Kampung Kok Keli di Tumpat, Kelantan.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan itu dibuat oleh Batalion 8 PGA menerusi Op Taring pada Isnin lalu.

Katanya, dalam operasi berkenaan pihaknya menyerbu sebuah rumah selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti penyeludupan manusia.

“Ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam Mercedes Benz dan Grand Livina di depan rumah berkenaan,” katanya.

Nik Ros berkata, semua penumpang kenderaan itu dipercayai warga Myanmar gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, semua pendatang tanpa izin itu disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram.

“Seorang penduduk tempatan berusia 58 tahun yang ditahan dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup masuk 15 warga asing itu ke negara ini.

“Semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Sek 26J Akta ATIPSOM 2007,” katanya.

+ - reset