TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Santai

Hejira mahu ramai anak muda tunaikan umrah, pakej harga mampu

By
|
Kongsi
image

SEPANG 6 Nov. - Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd, sebuah agensi pelancongan yang berfokus pada perkhidmatan umrah, semakin mendapat tempat di kalangan jemaah sejak penubuhannya tiga tahun lalu.

Dengan lebih 10,000 jemaah yang telah diterbangkan ke Tanah Suci, syarikat yang dimiliki anak muda ini kini semakin dikenali melalui pelbagai pakej yang kreatif dan mampu milik.

Menurut Puan Hajah Sofea Munira, Lembaga Pengarah Hejira, pakej utama seperti Pakej Rindu dan Pakej Cinta sentiasa mendapat sambutan hangat dari jemaah, terutamanya dalam kalangan anak muda dan keluarga.

“Alhamdulillah, Hejira kini menjadi pilihan ramai. Kami turut menawarkan hadiah kelengkapan umrah yang moden dan minimalis kepada jemaah sebagai tanda penghargaan,” kata beliau dalam satu sidang media baru-baru ini.

Majlis perasmian Wisma Hejira yang berlangsung pada 2 November lalu di Bandar Serenia, Sepang, berjaya menarik lebih 2,500 pengunjung. Perasmian tersebut dirasmikan oleh Datuk Faridah Hanim Haron, Presiden Annems Leadership Solution.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan alumni jemaah serta pengunjung yang datang dari seluruh negara.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa ini. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita semua direzekikan untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat,” kata Tuan Haji Mohd Shahril, seorang lagi anggota Lembaga Pengarah Hejira.

Para pengunjung rata-rata menyatakan kepuasan mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan. Hajah Azzuwaniah Asri, seorang pelanggan setia Hejira yang hadir pada majlis tersebut, berkata,

“Saya sudah tiga kali pergi dengan Hejira. Pakejnya memang memuaskan hati. Kali ini saya ke sini untuk mendaftar lagi, dan kali ini bersama keluarga pada Januari nanti.”

Selain majlis perasmian, acara tersebut juga menawarkan 30 cabutan bertuah berupa hadiah pakej umrah untuk para pengunjung. Hejira Travel & Tours kini menyasarkan untuk membawa lebih 10,000 jemaah pada tahun 2025, sambil mengekalkan fokus pada pakej mesra anak muda dan keluarga. - Media Telus

+ - reset