TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita terbabit kes dadah dibawa ke Mahkamah Narathiwat

By
|
Kongsi
image

SUNGAI GOLOK 4 Nov - Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di sini pada Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda bergerak ke Mahkamah Wilayah Narathiwat pagi ini.

Kesemua mereka meninggalkan Balai Polis Sungai Golok kira-kira jam 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis.

Kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu di balai polis berkenaan sejak jam 9 pagi.

Kesemua suspek akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari sini.

Selain ahli keluarga dan kawan rapat mereka, orang ramai termasuk peminat penyanyi dari Malaysia dan Thailand turut hadir di balai polis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan berkata kesemua mereka dihantar ke mahkamah bagi membolehkan polis mendapatkan penahanan lanjut terhadap suspek.

"Mereka akan ditahan di mahkamah sementara siasatan kami berhubung kes itu selesai.

"Mereka disiasat atas dua kesalahan iaitu memiliki pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah," katanya dalam laporan Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.

Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Tangkapan enam individu membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu turut menemui 6,000 biji pil yaba. 

+ - reset