TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Sudah masa TMJ teraju FAM - Safee Sali

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, menyuarakan pandangan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya memerlukan kepakaran dan pengalaman Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk membawa perubahan positif.

Menurut Safee, Tunku Ismail adalah tokoh yang tepat untuk menerajui usaha ini, kerana pemahamannya yang mendalam tentang industri bola sepak negara.

“Sekarang adalah masa yang sesuai. Berdasarkan rekod pencapaian Tunku Ismail, jelas bahawa beliau memahami selok-belok bola sepak tempatan.” katanya.

Tambahnya lagi, rekod pengurusan JDT yang cemerlang, termasuk kemudahan fasiliti yang baik serta disiplin dalam pengurusan kewangan tanpa isu tunggakan gaji, telah mencipta nama hingga ke peringkat Asia dan antarabangsa. - Media Telus

+ - reset