Berita Jenayah
'Kecut' nampak polis, penyeludup lari tinggalkan 216,000 pil yaba bernilai RM3.24 juta di Tumpat
TUMPAT 3 Nov - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 216,000 biji dipercayai pil yaba di Kampung Laut, di sini, malam kelmarin.
Rampasan dilakukan Batalion 8 PGA itu selepas melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai jam 10 malam menerusi Op Taring Sky.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata sebaik pihaknya tiba, dua lelaki berkenaan terus melarikan diri meninggalkan beberapa kotak.
Katanya, pemeriksaan mendapati, terdapat 216,000 biji atau 25 kilogram (kg) pil yaba dalam kotak berkenaan dengan anggaran nilai RM3.24 juta.
"Bekalan dadah terbabit dipercayai baru diseludup dari Thailand," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya.
Dalam serbuan berasingan lain di Pangkalan Haram Pok Dik Jeram Perdah di Rantau Panjang, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya merampas 384 botol pelbagai jenis kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Katanya, rampasan jam 7.30 malam oleh Batalion 7 PGA itu membabitkan nilai rampasan RM76,800.
"Kes disiasat mengikut 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm