Berita Sukan
Penerjun negara, Tze Liang cedera kepala terhantuk papan anjal di Bukit Jalil
KUALA LUMPUR 3 Nov - Penerjun negara, Ooi Tze Liang cedera di kepala ketika beraksi dalam final papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, semalam.
Difahamkan, kepala Tze Liang terkena papan anjal ketika terjunan kedua, menyebabkan luka serta darah di dalam kolam.
Bagaimanapun, Tze Liang, 31, yang kelihatan sedar, segera ditarik keluar dari kolam.
Pasukan perubatan memberikan rawatan segera, dan beliau dibawa keluar dengan tandu serta balutan di kepalanya.
Ketika kejadian, Tze Liang sedang bersaing dengan rakan sepasukan negara, Syafiq Puteh serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 3:31 pm
Arif Aiman,Tommy Mawat berpotensi berdepan tindakan disiplin - FAM
November 4, 2024, 11:00 am
Sudah masa TMJ teraju FAM - Safee Sali
November 1, 2024, 3:07 pm
Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya - Tunku Ismail
October 30, 2024, 9:06 pm
Nidzam 'angkat kaki', Abdi Hassan ganti sementara
October 23, 2024, 10:51 am
Badminton, terjun digugurkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026
October 22, 2024, 12:02 pm
Jurulatih Gwangju FC terkejut JDT ada ramai pemain import
October 22, 2024, 9:43 am
Gwangju FC pasukan bagus, JDT jangka saingan sengit
October 21, 2024, 4:42 pm
Sultan Selangor ingatkan pasukan, penyokong Selangor FC jaga perangai
October 18, 2024, 2:05 pm