Berita Hiburan
Lelaki bertanggungjawab lebih bagus berbanding lelaki kaya tapi tak pandai menghargai - Kaka Azraff

KUALA LUMPUR 1 Nov - Penyanyi, Kaka Azraff memberi bayangan mengenai punca perceraiannya melalui petikan dalam media sosial yang menyentuh mengenai tanggungjawab suami dalam rumahtangga.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff sebelum ini meminta supaya diberi ruang selepas bercerai berkata, ciri lelaki patut dikahwini seorang wanita adalah mereka yang mampu memenuhi keperluan isteri.
“Kahwinilah seorang lelaki yang menjadi pemberi rezeki. Seorang yang menjadi pemberi rezeki dalam keluarga tidak bermakna dia perlu banyak duit, tetapi cukup jika tahu tanggungjawab.
“Apabila dia tahu akan tanggungjawab, dia sanggup memastikan gunung-ganang turut bergerak demi memenuhi keperluan anda.
“Lelaki bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tetapi tidak pandai menghargai,” katanya.
Pada 28 Oktober lalu Kaka, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, bercerai talak satu yang difahamkan dila kukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu ketika dihubungi belum sedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung perceraian tersebut.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan. – Media Telus
Berita berkaitan
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ...
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm
Mimi Fly akur teguran, turun MV lagu raya ‘Serumpun’ dari YouTube
March 13, 2025, 2:06 pm
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
March 7, 2025, 10:41 am
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
March 4, 2025, 1:43 pm
Tiga penyampai radio ERA direhatkan, Astro Audio mohon maaf
February 28, 2025, 3:43 pm