Berita Jenayah
Pistol, gari dan wang tebusan ahli perniagaan RM7.2 juta dirampas
JOHOR BAHRU 30 Okt - Sebahagian daripada wang tebusan bagi membebaskan ahli perniagaan yang diculik pada 13 Oktober lalu berjumlah kira-kira RM7.2 juta berjaya diperoleh semula.
Ahli perniagaan berusia 59 tahun itu diculik kira-kira pukul 5 pagi dan dibebaskan kumpulan penjenayah kira-kira pukul 12 tengah hari setelah memperoleh wang tebusan berjumlah RM20 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, jumlah wang yang diperoleh itu melibatkan bayaran dalam bentuk wang tunai dan mata wang kripto.
“Ia melibatkan wang tunai RM1.95 juta dan mata wang Singapura, SGD1 juta (RM3.3 juta) dan selebihnya dalam bentuk mata wang kripto (RM1.75 juta).
“Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis juga merampas sepucuk pistol jenis Pietro Beretta dipercayai bukan pistol tiruan, 250 butir peluru hidup dan sepasang gari,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, sehingga kini seramai 14 individu telah ditahan membabitkan kes itu dalam beberapa siri serbuan antara 22 Oktober lalu hingga semalam.
Dalam laporan Kosmo, polis telah mengenal pasti peranan setiap individu dalam kes penculikan itu antaranya dalam konteks perancangan dan pelaksanaan culik, melupus barang kes serta pengurusan wang tebusan.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih menyiasat motif dan dalang kes penculikan ahli perniagaan itu yang merupakan seorang pemaju hartanah.
“Berhubung seorang ahli keluarga mangsa yang dilaporkan turut ditahan, ia masih dalam siasatan. Kita tidak boleh maklumkan identitinya kerana mungkin akan mengganggu siasatan tetapi saya boleh sebut dia adalah wanita,’’ katanya.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm