Berita Jenayah
Lelaki maki hamun polis dalam TikTok ditahan
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Seorang lelaki warga asing ditahan kerana memburukkan polis menerusi video di aplikasi TikTok.
Difahamkan, suspek Ketika memuat naik video berkenaan juga dipercayai berada di Bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, menerusi video tular itu, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun polis.
Menurutnya, susulan itu satu tangkapan telah dibuat kira-kira pukul 7 malam semalam di Pandan Jaya.
"Hasil saringan air kencing terhadap suspek yang berusia 30an itu mendapati dia positif dadah jenis Meth dan AMP.
"Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesaahan Kecil 1955. - Media Telus
Berita berkaitan
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm