TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

(VIDEO) Polis serbu rumah jadi 'port' simpan dadah bernilai RM11 juta di Bandar Sri Pertaling, Bukit Puchong

By
|
Kongsi
image

Oleh MUHSIN DADAMEAH

Video MUHSIN DADAMEAH

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Serbuan dua suspek pengedar dadah berjaya membongkar stor simpanan syabu bernilai RM10.9 juta di sebuah rumah teres di Bandar Bukit Puchong, pada Jumaat lalu.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN) dilakukan serentak pada jam 10.50 malam, membawa kepada penangkapan dua lelaki di lokasi berbeza.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin, menjelaskan bahawa tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang menaiki Proton Saga di Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur, manakala tangkapan kedua, seorang lelaki berusia 30 tahun yang menggunakan kereta Hyundai Sonata, dilakukan 500 meter dari lokasi pertama.

Suspek-suspek ini kemudian membawa pihak berkuasa ke sebuah rumah teres di mana mereka menemui 319 bungkusan plastik yang mengandungi 329.5 kilogram syabu, disimpan dalam sebuah bilik di tingkat bawah bersama dua alat penimbang. Dadah tersebut dianggarkan dapat memenuhi keperluan lebih 1.6 juta pengguna.

Datuk Seri Khaw mendedahkan bahawa kedua-dua suspek telah aktif dalam kegiatan ini selama setahun, dengan menerima bayaran bulanan antara RM5,000 hingga RM7,000. Rumah yang disewa pada kadar RM1,800 sebulan itu berfungsi sebagai stor simpanan dadah sebelum ia diedarkan ke pasaran tempatan.

Polis turut merampas barangan kemas dan dua kereta milik suspek dengan nilai keseluruhan RM70,270. Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Pihak polis sedang giat memburu anggota sindiket lain yang masih bebas dalam usaha berterusan untuk membanteras dadah, musuh nombor satu negara,” tambah Datuk Seri Khaw. - Media Telus

+ - reset